Ceramah Isra' Mi'raj

Berita
1

Jumaat, 9 Julai 2010 - Bersempena dengan sambutan Isra' Mi'raj yang jatuh pada tanggal 27 Rajab atau Sabtu, 10 Julai 2010, Panitia Agama Islam SKKDIM telah menganjurkan satu majlis ilmu berbentuk ceramah agama khusus mengenai peristiwa Isra' Mi'raj.

Ceramah telah disampaikan oleh Al FAdhil Ustaz Mohd. Imran bin Ramdan, Guru j-QAF SKKDIM di surau An'Nadwah bermula selepas rehat. Dalam ceramahnya yang padat berisi fakta dan nasihat, Ustaz telah memberikan gambaran jelas kepada murid-murid tentang peristiwa agung tersebut yang mana ianya sebagai satu peristiwa yang wajib diimani oleh setiap Muslim dalam mengiktikadkan kekuasaan Allah SWT.

Seusai ceramah, kuiz pula dikendalikan oleh ketua panitia, Ustazah Seri Banun dan alhamdulillah murid-murid memberikan respon yang amat baik kepada semua soalan yang diajukan.

Majlis berakhir jam 11.50 pagi. Semoga usaha kita in imendapat keberkatanNYA. AMIN.

Notice: Undefined index: ans041 in C:\Inetpub\vhosts\skkdim.com\httpdocs\v2\includes\theme_functions_include.php on line 117

admin July 09 2010 08:00:00 · 0Comments: · 92Dibaca: · Print News item