Majlis Pertukaran Guru
Posted by admin on June 04 2010 08:00:00
Khamis, 3 Jun 2010 - KEBIRU SK Kg Dato Ibrahim Majid hari ini mengadakan satu majlis sempena meraikan guru yang akan bertukar tempat mengajar bermula awal bulan Jun ini. Terdapat dua orang guru yang telah diluluskan pertukaran mereka iaitu Pn. Azizah bt Abd. Majid dan Pn. Faezah bt Ismail. Pn. Azizah akan mula bertugas di SK Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah manakala Pn. Faezah akan bertukar ke SK Perempuan Bandar, Kluang. Majlis ini telah diadakan di Restoran Jumaat, Simpang Renggam selepas waktu persekolahan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang guru tersebut. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru.

1

2

3

4

5