Program Barakah
Posted by admin on June 25 2010 08:00:00
1

Jumaat, 25 Jun 2010 - Seusai UPSR semakin menghampiri, satu program berbentuk kerohanian telah diatur untuk calon-calon UPSR dalam usaha untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti. Program yang dinamakan Barakah ini mengandungi aktiviti solat dhuha, solat hajat, zikir munajat dan juga tazkirah kerohanian dan ianya dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ishak b Mutaram, iman surau Kampung Shari.

Semoga semua usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatanNya serta hajat semua calon yang mengharapkan kejayaan akan dimakbulkan. AMIN.