UPPM 3 dan Ujian Setara 2
Posted by admin on July 26 2010 22:08:04
Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga murid SK Kg Dato' Ibrahim Majid, Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM 3) atau Percubaan UPSR untuk murid Tahun 6 akan dijalankan pada 27 hingga 29 Julai 2010. Pada tarikh yang sama juga, anak-anak yang bersekolah di Tahun 1 hingga 5 akan menduduki Ujian Setara 2.
Diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memastikan kesihatan anak-anak seterusnya mereka dapat hadir dan menjawab soalan peperiksaan.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.